Thursday, 9 May 2013

TARIKH-TARIKH PENTING AKADEMIK 2013/2014




Berikut adalah tarikh2 penting kemasukan pelajar ke IPTA. Minta semua lepasan SPM/STPM sila semak dialamat berikut:
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf



Saturday, 16 March 2013

Kunjungan Ke Pesta Buku UUM 2013

 Rabu, 13 Mac 2013

Pada tarikh tersebut, ahli-ahli PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) SMK Hosba telah berkunjung ke Pesta Buku UUM.


  Kami bertolak dari sekolah tepat pada jam 3 petang  dan tiba di Pesta Buku 15 minit selepas itu. Kehadiran kami disambut oleh ahli-ahli jawatankuasa Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Sungguh menarik suasana di Pesta Buku UUM! Terdapat banyak gerai buku yang terdiri daripada syarikat-syarikat penerbitan yang berlainan, sungguh banyak pilihan buku terutamanya yang baru diterbit.
Saksikan gambar-gambar yang telah ditangkap oleh kami semasa di sana.

ALL ABOARD!! Naik..Naik semua..


Yeah!! Kami excited nih!

Seronok berjumpa ngan Kartunis Joy kat sini.

Cikgu Shah dan Umie tengok buku


Best oo kami main kat sini! Yang tak bestnya tak leh berenang ..huhu


1,2,3...KACHEEKKKK!! SNAP!

Dah sampai..BABAAI UMIE!

Alala..dah sampai sekolah! Cikgu shopping sakan!

Perjalanan kami berjalan dengan lancar sekali. Kami tiba di SMK Hosba pada pukul 5:30 petang. Kaunselor-kaunselor telah membeli banyak bahan bacaan yang bermanfaat supaya pelajar-pelajar SMKH lebih suka memanfaatkan masa lapang dengan membaca. Kami berharap pelajar-pelajar SMKH dapat memupuk sikap membaca dalam diri untuk menjadi pelajar-pelajar yang berilmu dan berguna pada masa hadapan!

Sunday, 24 February 2013

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2012:

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2012:
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM (PROGRAM ASASI DAN DIPLOMA) DAN PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN ILKA (INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM) BAGI AMBILAN TAHUN 2013.

Calon Lepasan SPM/setaraf dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian mulai 07 Januari hingga 15 April 2013. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara malaysia yang mempunyai KP/Mykad sahaja. Calon yang mempunyai kelayakan minimum dan kriteria yang ditetapkan perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli melalui pembelian secara individu di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) . Bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan Syarat Am dan Syarat Khas ke IPTA/ Politeknik Premier bagi program pengajian yang ditawarkan, calon boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my/ sebelum mengemukakan permohonan.
Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA, POLITEKNIK & ILKA
upu.mohe.gov.my

Thursday, 21 February 2013

Program Permantapan Solat

21 Januari 2013~ Di SMK Hosba, satu program Permantapan Solat telah diadakan dengan kerjasama Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) . Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan murid-murid mengenai solat serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar sekolah.

Puan Safani bersama Ustaz Lamin dan fasilitator KIST sedang berbincang mengenai program yang hendak dijalankan.



















 Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak KIST dan pelajar-pelajar SMK Hosba yang terlibat dengan program ini.  Kami berharap agar pelajar-pelajar dapat melaksanakan solat dengan baik setelah program ini selesai dilaksanakan.  :)

Monday, 28 January 2013

Selamat Datang Ke Blog SMK Hosba

Kami guru bimbingan dan kaunseling SMK Hosba, Pn Safani Salwani binti Zainal Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai UMMI dan En Mohammad Shah Azuan bin Abu Bakar dikenali oleh pelajar sebagai Cikgu Shah mengucapkan selamat datang ke blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Hosba. Untuk maklumat semua, blog ini baru sahaja dibuka bagi kemudahan semua pelajar bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling dan seterusnya mendapatkan maklumat semasa berkaitan peluang pengajian, kerjaya, program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling dan banyak lagi.
MAI LAWAT BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KAMI....